02 Nov2017
BENGKEL MyOAS BERSAMA INDUSTRI DAN MAJLIS BERBUKA PUASA
Pada 30 Jun 2015, IBM CoE bersama Ahli Projek MyOAS telah mengadakan Bengkel MyOAS Bersama Industri dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Hyatt Regency Kuantan Resort. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri mengenai sistem MyOAS. Sistem ini dibangunkan untuk bakal graduan bagi mengambil ujian aptitud dan mengetahui tahap keputusannya. Selain itu, setiap keputusan graduan tersebut dapat dikongsi dengan industri yang berdaftar melalui sistem ini. Sebanyak 11 industri di sekitar Kuantan telah bekerjasama bagi menjayakan bengkel ini.